Website counter

About Me

My photo
Just a simple person =) Life's must REDHA Be yourself and follow your heart.

Monday, November 8, 2010

Bila hujan

Jam 6.55 pm.
Keadaan cuaca mendung dan hujan renyai-renyai.

Terciptalah satu kisah, di satu malam hujan yang turun agak lebat. Saya merajuk dengan awak waktu tu. Kita bergaduh pasal salah faham je. Saya terus keluar bila saya cakap-cakap dengan awak tapi awak tak nak layan pon. Sedih lah saya time tu.. =(

Lepas tu saya pon keluar lah. Konon-konon macam saya tau je tempat tu. Padahal tu 1st time saya datang. Saya beranikan diri naik lif sorang-sorang. Walaupun saya takut keluar sorang dan awak pon tau saya memang takut naik lif sorang tapi saya dengan egonya keluar macam saya tau je.haha lucu je bila ingat balik. =)

Saya jalan sorang-sorang je kat shoping complex tu. Berjalan tanpa arah tujuan. Tiba-tiba saya dapat msg! Sukenya saya bila awak tanya saya kat mana. Saya tak sangka awak yang akan msg dulu. Ego kan saya sebab saya nak awak yang pujuk.

Awak tercari-cari saya. Padahal saya nampak je awak sebab saya kat tingkat atas. Saya nampak awak sejak awak masuk tadi. Kelakar lah awak tercari-cari saya =p

Lepas tu saya tak sampai hati saya terus dapatkan awak. Risau gak awak dekat saya ye..hehe waktu nak balik tu palk hujan tiba-tiba turun lebat. Sangat lebat. Sejuk nya lah.haha..

So kita sama-sama buat keje gila redah hujan. Luculah bila teringat balik saat tu kan awak. Habis basah kuyup. Pengalaman saya main hujan yang betul-betul lebat time tu lah. Entah sekarang ni kenapalah saya tak boleh kena hujan..huhu. Asik demam je. Kesian kan.. =(

Saya rindu lah waktu kita gelak sama2. Luculah awak kan..
Saya teringatkan semua yang kita pernah sama2 buat awak. Walaupun awak tengah geram2 kat saya tapi awk still cari saya. =p

Sebab awak tau saya tak biasa keluar sorang2. Lebih-lebih lagi naik lif. Awak tau saya takut naik lif. Kesian jugak awak kat saya..haha

Sekarang ni pon hujan lagi..tapi keadaan dah lain sebab.........
awak dah tak da =(
Apa2 pon saya akan ingat semua tu. Tq awak..

Sunday, October 31, 2010

Konflik tu boleh, tapi....

Bila mengenang kembali apa yang berlaku memang tidak dapat dinafikan yang manusia ni tidak akan lari daripada berlaku konflik. Tak kira lah konflik dengan family, dengan bf/gf, suami isteri dan especially kawan.

Konflik tu memang kadang-kadang boleh buat kita rasa tak best je dengan hubungan tu. Tapi ketahuilah ada kalanya konflik itu membuatkan satu hubungan itu bertambah baik. Tapi janganlah sampai duduk satu rumah pon tak bertegur sapa. Dah teruk sangat. Biasalah hidup kan, bukan semua kita boleh puaskan hati dan kehendak mereka. Bila dah tak tegur selama tiga hari pon dah kira berdosa. Inikan lama-lama.

Konflik yang berlaku juga mengajar kita menjadi lebih matang. Matang dalam menyelesaikan masalah dengan menggunakan akal yang dikurniakan Allah ni. Sabar lah, bawa bertenang dan insyAllah kita akan dapat hadapi konflik tu.

Bila konflik berlaku biasanya kita akan meluahkan semua ketidakpuasan hati. Jangan fikirkan yang negatif apa yang diluahkan 'rakan' konflik kita tu. Sebaliknya ambilah yang positif nya. Mungkin apa yang dia katakan betul. Bila kita baik-baik sangat kadang-kadang tak sampai hati nak cakap kesalahan kan. Bila dah gaduh mula lah akan keluar semuanya. Haa..dari situ kita boleh lihat rupanya banyak benda yang tak betul kita dah buat.

So, try lah perbaiki. InsyAllah semuanya akan kembali biasa. Jangan terlalu pendam perasaan dendam. Mustahil kebahagiaan akan dikecapi bagi hati seorang pendendam. Yang penting kita kena terima apa yang berlaku dan redha.

Bila teringat apa yang berlaku sejak kebelakangan ni rasa lucu plak. Konflik dengan orang yang rapat dengan kita. Ada je benda yang tak kena. Tapi still boleh makan sama-sama, bertegur, sms..haha. Macam-macam lah.. Hopefuly everything will be ok =)

Saturday, October 30, 2010

Kenapa harus begini?

Ada kalanya aku hanya pandai memberikan nasihat. Meniupkan kata semangat pada orang lain. Tapi bila ianya terjadi pada aku sendiri ada kalanya aku lemah terduduk, jatuh tidak berdaya untuk bangun. Kenapa harus jadi macam ni?

Ada kalanya aku berlagak semuanya bahagia, tapi sebaliknya penuh dengan kedukaan. Ada kalanya aku merasa semuanya tidak ada apa-apa yang tidak kena. Padahal aku cuma mencipta fantasy yang semuanya akan menjadi baik. Sebaliknya satu pendustaan yang mengerakkan aku berlakon.

Mudahnya bicara menipu, tapi tidak hati. Pernahkah mereka rasa apa yang aku rasa? Kenapa aku jadi seperti ini? Sejarah lama berulang kembali. Ianya datang menguji dan lebih menyakitkan. Aku kehilangan arah. Apa yang aku harus lakukan? Lemahnya aku untuk membuat keputusan. Walaupun keputusan itu dapat aku buat tapi pasti ada hati yang terluka.

Seharusnya aku tidak memulakan dan pasti semuanya tidak akan berlaku. Lemahnya aku ketika itu.
Seharusnya aku cuba menjauhi dari mendekati. Seharusnya aku cuba menafikan daripada menyayangi. Seharusnya aku cuba mengelak dari adanya memory terindah bersamanya.

Apa harus aku lakukan lagi? Dugaan demi dugaan. Ya Allah aku hanya mampu bermohon agar Kau tabahkan hati ku untuk aku waras menghadapi semua ini. Berikanlah jalan terbaik bagi konflik yang berlaku ini dan redhakanlah hatiku, seandainya itulah yang terbaik. Amin....

Rela dalam terpaksa

Ada kalanya kita terpaksa melepaskan apa yang kita sayang untuk melihat die bahagia. Ada kalanya kita kena menjauhi insan yang kita sayang walaupun tanpa rela. Walaupun kita tahu kita akan rindu kan dia. Sebab kita akan rindu gelak ketawa dia, semuanya lah! lucunya die..

Tapi xpe lah kot..kite kena lah belajar sekarang tanpa dia. It's ok..insyAllah =)

Dan semua yang kita lakukan ada sebab. Walaupun susah untuk satu pihak faham. Hanya kita akan merasa bila kita seakan-akan menjadi pihak ketiga dalam hubungan dua pihak.

Hmmm..susah nak fahamkan, that's only me know the reasons. Ape-ape pon kita kena belajar untuk tidak berharap dan mengharap lagi.

Biarkan aku keseorangan..

Friday, October 22, 2010

Forgive n Forget

Hidup ni macam2 kita akan jumpa ragam manusia. Bila tinggal satu rumah dalam family sendiri pon kite akan lihat macam2 perangai. Inikan kita tinggal dengan kawan2 satu rumah kan. Nak2 lagi kalau satu rumah tu ade 12 orang. Lagilah mcam2 ada.hmm...

Dan jika ada salah faham tu memang kadangkala biasa untuk jumlah yang penghuni yang ramai. Biasalah tidak semua manusia itu perfect. Kita tak boleh nak puaskan hati semua pihak. Sebab itulah hidup ni kena saling bertolak ansur. Yah, itu lebih baik. Bahagia dan aman damai je kan, kan? =)

Bila terjadi pertengkaran dalam rumah,mestilah ade yang mendamaikan. Bukan nak berlagak diri kita perfect dan baik lah kononya. Cuma bukan ke kita ade tanggungjawab? Sesama muslim, sesama kawan, sesama insan, sesama housmate?

Demi masa!
sesungguhnya manusia berada dalam kerugian....
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (berpesan-pesan kepada kebaikan)

Hidp ni singkat. Anything can happens juz a second. Tak takut ke kita buat salah kat orang lepas tu apa2 jadi kat kite ke kan. Haa.. x sempat nak mintak maaf. Cane 2?? Kalau kita berdosa dengan Allah, kita boleh mintak ampun dan bertaubat. Allah tu Maha Penagampun dan Penyayang. Tapi kalau kite buat salah dengan manusia??

Selagi orang tu tak maafkan selagi tu kita berdosa. Isk..x mau lah kan
Memaafkan itu lebih baik =)

Mod Cuti..hehe

Hai2...

Bahagia nya rasa berada di Felda kecintaan ku..hehe
Tepat jam 1 am sampai. Sepanjang jalan terasa letih dan hanya melelapkan mata sahaja. Sedar2 dah sampai pon..hehe

Saye telah mengambil keputusan untuk bercuti seminggu lebih awal..haha. Jangan jeles ye kawan ku se UPSI..haha

Membawa buku yang banyak dengan semangat akan study. Harap2 study lah. InsyAllah =)

Thursday, October 21, 2010

Kata Hati vs Naluri Hati

Hmm ape bezanya dua-dua ni ek?
Bagi saya macam same je. HAti gak..haha. Tapi ade yang menyatakan 'Ikut hati mati'..haaa?? mati, x mau..huu.. Masih kurang iman dan amal hi hati.

Dan ikutlah kata naluri hati =)

Tapi bagi saya tak kisahlah sebab kadangkala kita mesti ikut gerak hati kita. Bila kita dalam keadaan konfius dan tak tau nak buat apa, ambil lah masa tenangkan hati sekejap. Istigfar, tarik nafas dan dengarlah apa hati kita sedang berbicara. Berbisik memberikan satu jawapan.

Nak buat sesuatu tak boleh lah selalu ikutkan perasaan je. Perasaan itu biasanya akan diselubungi dengan nafsu. Perasaan nak membenci tapi jauh di sudut hati masih mengharap hadirnya kasihnya.. cewah..haha. Contohnya lah..hehe

Kalau semua ikutkan perasaan, habis lah kehidupan ini. Sebaiknya berfikir dengan akal yang Allah dah kurniakan tu, dan tanya apa kata hati kita. InsyAllah kita akan dapat jawapan persoalan itu.

Jujurlah pada hati kerana di situlah letaknya kebahagiaan kita =)