Website counter

About Me

My photo
Just a simple person =) Life's must REDHA Be yourself and follow your heart.

Monday, December 27, 2010

Bila gaji ISTERI lebih besar daripada SUAMI

Apa akan jadi ye kalau nanti kahwin gaji isteri lebih besar daripada suami? Mungkinkah suami akan rasa tercabar ataupun ada sesetengahnya lebih senang duduk dan 'menumpang' daripada isteri?isk2..

Waktu bercinta dulu janji2 manis sentiasa macam ni alwiz lah... "U, x yah lah keje, nanti I akan belikan apa je U nak ek yang". Tapi macam mana si suami nak support isteri kalau gaji cuma sekadar cukup makan je. Macam tu nampaknya janji tinggal janji jelah. Bukan nak merendahkan taraf suami, tapi kenapa ye ada sesetengah suami yang tak mau bagi isteri bekerja?

Mungkinkah kerana jeles tau apakah?

Dan lagi satu yang menjadi masalah ni bila isteri yang bekerja ataupun lebih senang kata isteri yang bekerjaya. Ramai sekarang ni isteri yang bekerja gaji dieorang lebih tinggi daripada suami.

to be continue~

Friday, December 10, 2010

Saya benci bila cuti!

Mesti pelik kan kenapa biasanya org tgu2 nak cuti..tapi bagi aku sgt bosan...
X suke nye bila cuti lame2.................!

Wednesday, December 1, 2010

Hanya kerana tarikh besday

Hari ni dah bermula student upsi balik kampung. Maklumlah budak2 sains dah habis exam. Maka tinggallah kami student sejarah je ni. Dan bagi aku ni sangat sunyi sebab roomate pon dah balik. Sedih plak rasa tingal sorang2. Balik2 pandang kerusi meja je. Tapi x study2 gak..haha apelah.

Dan malam ni aku terfikir2 apa ek salah aku dah buat dia x tegur aku? Rupanya baru aku ingat, pada suatu petang yang hening, si dia telah bertanyakan aku, “ tau x bila besday tutt..?” dan aku yang ingatkan dia main2 tanya, aku pon jawab lah, “xtau..tanya lah sendiri”. Aku ingatkan dia x apa2, rupanya....

Disebabkan mulut aku yang tak tau nak jage 2 lah rupanya telah menimbulkan rasa kurang senang pada si dia. Adoi..aku baru perasan silap aku tadi. Dan sekarang dia dah pon dalam bus pulang ke kampung. Semoga die tiba dengan selamat =)

Tapi sure2 lah aku sedih sebab dah last sem tapi tbe2 x bertegur oleh kerana dek tersalah faham pasal 2..hanya kerana mulut badan binasa. Betulah kata org...huuu

p/s: maaf sangat kepada si dia tu

Sunday, November 14, 2010

Hadiah utk awak

Dah dua tahun rupanya kita tak jumpa. Rindu nya kat awak. Awak cam ne ek sekarng? Mesti dah banyak berubah. Makin lucu lagi tak ek? Ke makin serius awk?hehe

Sye sama je macam sebelum ni dan sentiasa same je. Tak da apa yang berubah. Cume sejak akhir-akhir ni saye selalu je sakit-sakit. Maklumlah banyak dosa. Sakit kan penghapus dosa kan awak?

Bila sakit2 macam ni, emosi pon tak berapa nak stabil. Entah kenapa saye teringat kat awak. Ada yang kata, buat ape nak engat org yg dah tak engt kita, buang masa je. Memang betul cakap diorang tu. Kdang-kadang sye giv up dgn awak. Tapi sedangkan mush sye pon sye engt, apatah lagi org yang bayk kengan manis, suka duka dgn sye dlu.

Sekarng sye baru tefikr betulah apa yg dikata, 1000 kebaikan tidk akn dipandang org jika kita lakukan hanya 1 kesalahn. Bagi sye 1000 kenangan manis cepat je hilang dr hati awak dengan hanya 1 kenangan pahit.

Bila 'virus' datng menyerang, kita same2 dah 'format' hati masing2. Bezanya hanya saye yang masih simpan 'soft copy'. Sebab tu bila sye sunyi dan sorang2 sye teringat awk. Bila sye terpandang ape2 yng mengingatkan apda awak, sye jadi rindu kat awak =(

Orang kata kalo kite tibe2 engat kat seseorang, org tu pon gak akan engt kat kite. Tapi...sye susah nak terima 'fakta' tu. Saya tak fikir awk akan engt sye. Sye x salahkan awk, sebb semua nya salh sye.

Sye dah cuba buat yg terbaik utk kita macam dlu semula. Tapi, kerasnya hati awk. Entah bila hati awak nak terbuka maafkan saye. Sye pon x tahu bila sye bleh tahan lagi.

Seandainya kite x kan jumpe lagi sye dah tinggalkan sesuatu untuk awk..awk akan tahu bila sye dah tak da. Maafkan sye ye awak.

p/s: rahsia hati x siapa tahu

Monday, November 8, 2010

Bila hujan

Jam 6.55 pm.
Keadaan cuaca mendung dan hujan renyai-renyai.

Terciptalah satu kisah, di satu malam hujan yang turun agak lebat. Saya merajuk dengan awak waktu tu. Kita bergaduh pasal salah faham je. Saya terus keluar bila saya cakap-cakap dengan awak tapi awak tak nak layan pon. Sedih lah saya time tu.. =(

Lepas tu saya pon keluar lah. Konon-konon macam saya tau je tempat tu. Padahal tu 1st time saya datang. Saya beranikan diri naik lif sorang-sorang. Walaupun saya takut keluar sorang dan awak pon tau saya memang takut naik lif sorang tapi saya dengan egonya keluar macam saya tau je.haha lucu je bila ingat balik. =)

Saya jalan sorang-sorang je kat shoping complex tu. Berjalan tanpa arah tujuan. Tiba-tiba saya dapat msg! Sukenya saya bila awak tanya saya kat mana. Saya tak sangka awak yang akan msg dulu. Ego kan saya sebab saya nak awak yang pujuk.

Awak tercari-cari saya. Padahal saya nampak je awak sebab saya kat tingkat atas. Saya nampak awak sejak awak masuk tadi. Kelakar lah awak tercari-cari saya =p

Lepas tu saya tak sampai hati saya terus dapatkan awak. Risau gak awak dekat saya ye..hehe waktu nak balik tu palk hujan tiba-tiba turun lebat. Sangat lebat. Sejuk nya lah.haha..

So kita sama-sama buat keje gila redah hujan. Luculah bila teringat balik saat tu kan awak. Habis basah kuyup. Pengalaman saya main hujan yang betul-betul lebat time tu lah. Entah sekarang ni kenapalah saya tak boleh kena hujan..huhu. Asik demam je. Kesian kan.. =(

Saya rindu lah waktu kita gelak sama2. Luculah awak kan..
Saya teringatkan semua yang kita pernah sama2 buat awak. Walaupun awak tengah geram2 kat saya tapi awk still cari saya. =p

Sebab awak tau saya tak biasa keluar sorang2. Lebih-lebih lagi naik lif. Awak tau saya takut naik lif. Kesian jugak awak kat saya..haha

Sekarang ni pon hujan lagi..tapi keadaan dah lain sebab.........
awak dah tak da =(
Apa2 pon saya akan ingat semua tu. Tq awak..

Sunday, October 31, 2010

Konflik tu boleh, tapi....

Bila mengenang kembali apa yang berlaku memang tidak dapat dinafikan yang manusia ni tidak akan lari daripada berlaku konflik. Tak kira lah konflik dengan family, dengan bf/gf, suami isteri dan especially kawan.

Konflik tu memang kadang-kadang boleh buat kita rasa tak best je dengan hubungan tu. Tapi ketahuilah ada kalanya konflik itu membuatkan satu hubungan itu bertambah baik. Tapi janganlah sampai duduk satu rumah pon tak bertegur sapa. Dah teruk sangat. Biasalah hidup kan, bukan semua kita boleh puaskan hati dan kehendak mereka. Bila dah tak tegur selama tiga hari pon dah kira berdosa. Inikan lama-lama.

Konflik yang berlaku juga mengajar kita menjadi lebih matang. Matang dalam menyelesaikan masalah dengan menggunakan akal yang dikurniakan Allah ni. Sabar lah, bawa bertenang dan insyAllah kita akan dapat hadapi konflik tu.

Bila konflik berlaku biasanya kita akan meluahkan semua ketidakpuasan hati. Jangan fikirkan yang negatif apa yang diluahkan 'rakan' konflik kita tu. Sebaliknya ambilah yang positif nya. Mungkin apa yang dia katakan betul. Bila kita baik-baik sangat kadang-kadang tak sampai hati nak cakap kesalahan kan. Bila dah gaduh mula lah akan keluar semuanya. Haa..dari situ kita boleh lihat rupanya banyak benda yang tak betul kita dah buat.

So, try lah perbaiki. InsyAllah semuanya akan kembali biasa. Jangan terlalu pendam perasaan dendam. Mustahil kebahagiaan akan dikecapi bagi hati seorang pendendam. Yang penting kita kena terima apa yang berlaku dan redha.

Bila teringat apa yang berlaku sejak kebelakangan ni rasa lucu plak. Konflik dengan orang yang rapat dengan kita. Ada je benda yang tak kena. Tapi still boleh makan sama-sama, bertegur, sms..haha. Macam-macam lah.. Hopefuly everything will be ok =)

Saturday, October 30, 2010

Kenapa harus begini?

Ada kalanya aku hanya pandai memberikan nasihat. Meniupkan kata semangat pada orang lain. Tapi bila ianya terjadi pada aku sendiri ada kalanya aku lemah terduduk, jatuh tidak berdaya untuk bangun. Kenapa harus jadi macam ni?

Ada kalanya aku berlagak semuanya bahagia, tapi sebaliknya penuh dengan kedukaan. Ada kalanya aku merasa semuanya tidak ada apa-apa yang tidak kena. Padahal aku cuma mencipta fantasy yang semuanya akan menjadi baik. Sebaliknya satu pendustaan yang mengerakkan aku berlakon.

Mudahnya bicara menipu, tapi tidak hati. Pernahkah mereka rasa apa yang aku rasa? Kenapa aku jadi seperti ini? Sejarah lama berulang kembali. Ianya datang menguji dan lebih menyakitkan. Aku kehilangan arah. Apa yang aku harus lakukan? Lemahnya aku untuk membuat keputusan. Walaupun keputusan itu dapat aku buat tapi pasti ada hati yang terluka.

Seharusnya aku tidak memulakan dan pasti semuanya tidak akan berlaku. Lemahnya aku ketika itu.
Seharusnya aku cuba menjauhi dari mendekati. Seharusnya aku cuba menafikan daripada menyayangi. Seharusnya aku cuba mengelak dari adanya memory terindah bersamanya.

Apa harus aku lakukan lagi? Dugaan demi dugaan. Ya Allah aku hanya mampu bermohon agar Kau tabahkan hati ku untuk aku waras menghadapi semua ini. Berikanlah jalan terbaik bagi konflik yang berlaku ini dan redhakanlah hatiku, seandainya itulah yang terbaik. Amin....

Rela dalam terpaksa

Ada kalanya kita terpaksa melepaskan apa yang kita sayang untuk melihat die bahagia. Ada kalanya kita kena menjauhi insan yang kita sayang walaupun tanpa rela. Walaupun kita tahu kita akan rindu kan dia. Sebab kita akan rindu gelak ketawa dia, semuanya lah! lucunya die..

Tapi xpe lah kot..kite kena lah belajar sekarang tanpa dia. It's ok..insyAllah =)

Dan semua yang kita lakukan ada sebab. Walaupun susah untuk satu pihak faham. Hanya kita akan merasa bila kita seakan-akan menjadi pihak ketiga dalam hubungan dua pihak.

Hmmm..susah nak fahamkan, that's only me know the reasons. Ape-ape pon kita kena belajar untuk tidak berharap dan mengharap lagi.

Biarkan aku keseorangan..

Friday, October 22, 2010

Forgive n Forget

Hidup ni macam2 kita akan jumpa ragam manusia. Bila tinggal satu rumah dalam family sendiri pon kite akan lihat macam2 perangai. Inikan kita tinggal dengan kawan2 satu rumah kan. Nak2 lagi kalau satu rumah tu ade 12 orang. Lagilah mcam2 ada.hmm...

Dan jika ada salah faham tu memang kadangkala biasa untuk jumlah yang penghuni yang ramai. Biasalah tidak semua manusia itu perfect. Kita tak boleh nak puaskan hati semua pihak. Sebab itulah hidup ni kena saling bertolak ansur. Yah, itu lebih baik. Bahagia dan aman damai je kan, kan? =)

Bila terjadi pertengkaran dalam rumah,mestilah ade yang mendamaikan. Bukan nak berlagak diri kita perfect dan baik lah kononya. Cuma bukan ke kita ade tanggungjawab? Sesama muslim, sesama kawan, sesama insan, sesama housmate?

Demi masa!
sesungguhnya manusia berada dalam kerugian....
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (berpesan-pesan kepada kebaikan)

Hidp ni singkat. Anything can happens juz a second. Tak takut ke kita buat salah kat orang lepas tu apa2 jadi kat kite ke kan. Haa.. x sempat nak mintak maaf. Cane 2?? Kalau kita berdosa dengan Allah, kita boleh mintak ampun dan bertaubat. Allah tu Maha Penagampun dan Penyayang. Tapi kalau kite buat salah dengan manusia??

Selagi orang tu tak maafkan selagi tu kita berdosa. Isk..x mau lah kan
Memaafkan itu lebih baik =)

Mod Cuti..hehe

Hai2...

Bahagia nya rasa berada di Felda kecintaan ku..hehe
Tepat jam 1 am sampai. Sepanjang jalan terasa letih dan hanya melelapkan mata sahaja. Sedar2 dah sampai pon..hehe

Saye telah mengambil keputusan untuk bercuti seminggu lebih awal..haha. Jangan jeles ye kawan ku se UPSI..haha

Membawa buku yang banyak dengan semangat akan study. Harap2 study lah. InsyAllah =)

Thursday, October 21, 2010

Kata Hati vs Naluri Hati

Hmm ape bezanya dua-dua ni ek?
Bagi saya macam same je. HAti gak..haha. Tapi ade yang menyatakan 'Ikut hati mati'..haaa?? mati, x mau..huu.. Masih kurang iman dan amal hi hati.

Dan ikutlah kata naluri hati =)

Tapi bagi saya tak kisahlah sebab kadangkala kita mesti ikut gerak hati kita. Bila kita dalam keadaan konfius dan tak tau nak buat apa, ambil lah masa tenangkan hati sekejap. Istigfar, tarik nafas dan dengarlah apa hati kita sedang berbicara. Berbisik memberikan satu jawapan.

Nak buat sesuatu tak boleh lah selalu ikutkan perasaan je. Perasaan itu biasanya akan diselubungi dengan nafsu. Perasaan nak membenci tapi jauh di sudut hati masih mengharap hadirnya kasihnya.. cewah..haha. Contohnya lah..hehe

Kalau semua ikutkan perasaan, habis lah kehidupan ini. Sebaiknya berfikir dengan akal yang Allah dah kurniakan tu, dan tanya apa kata hati kita. InsyAllah kita akan dapat jawapan persoalan itu.

Jujurlah pada hati kerana di situlah letaknya kebahagiaan kita =)

Doa Seorang Kekasih

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah ya Tuhanku, aku akui kekuasaan Mu, nikmat dan rahmat Mu buat diri ku. Tidak terbalas oleh ku ya Allah.

Ya Allah ya Tuhanku, hamba Mu ini mensyukuri rahmat dan kasih Mu yang telah Kau berikan pada Ku.

Dengan rahmat Mu ya Allah, Kau pertemukanlah kami, maka satukanlah hati kami, titipkanlah rindu di hati kami, mekarkanlah cinta antara kami. Lantas peliharalah kami ya Allah dari bisikan syaitan yang sering menggoda hati-hati kami agar kami sentiasa teguh dalam syariat agama Mu.

Ya Rahim, permudahkanlah jalan jodoh kami serta dipermudahkan rezeki kami.

Jadikanlah antara kami antara pasangan yang bersyukur. Dengan rahmat Mu, ya Allah sinarilah hati kami dengan nur keimanan yang sentiasa bergemerlapan agar hati kami tidak hanyut dengan godaan dunia yang hanya mainan dan pinjaman semata-mata.

Amin, ya Rabbal A'laminn...

InsyAllah...

Kita sebenarnya tidak pernah keseorang jika kita rasa sedih dan kecewa. Kita tidak seharusnya rasa kecewa ditinggalkan dan kehilangan. Cause Allah is always by your side =)


Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way
Insya Allah
Insya Allah we`ll find the way

Allah itu Maha Adil

"Allah tidak akan menguji umatnya jika tidak sesuai dengan kesanggupannya"

Allah turunkan hujan yang lebat ketika kita dambakan hadirnya sinar mentari. Tapi rupa-rupanya Allah gantikan kita dengan lebih baik. Allah hadiahkan kita dengan indahnya sang pelangi. Kadangkala kita tidak sedar dan selalu salahkan takdir bila sesuatu menimpa kita. Kita selalu mengharapkan sesuatu yang kita rasakan baik dan terbaik untuk kita. Tapi kadangkala pilihan kita silap. Tidak semestinya itu yang terbaik.

Dan jika sebelum ni saye rasa macam tu, but's...everything will be okay now. Thank you ya Allah cause YOU give me the better. The better lifes and the better person always by my side =)

Jika dahulu saya sedih kehilangan seseorang tapi sekarang Allah berikan dua insan yang berbeza tetapi kadangkala sering mengingatkan saye pada seorang itu. Dua karaktor yang berbeza tapi saling melengkapi hidup ini.

Jika dahulu saya sedih kenapa saya berada di sini, tapi saya mengerti kenapa Allah tempatkan UPSI di hati saya. Kerana kehidupan sebaliknya adalah lebih baik untuk saya.

Jadi kita jangan cepat menyesali apa yang berlaku dan salahkan takdir sebab kita tidak tahu apa yang akan menanti masa hadapan. Kita hanya manusia biasa yang mampu merancang. Tetapi Allah adalah penentu segalanya. Jika kita redha dengan ujian diberikan dengan hati terbuka, Allah telah janjikan yang terbaik untuk kita. InsyAllah =)

Friday, October 15, 2010

Single Make Simple, Couple Make Trouble

Bila ditanyakan persoalan jodoh memang sukar nak dijawab. Kadang-kadang bila tengok pasangan yang bahagia tu, wah...rasanya macam best je couple/ alam perkahwinan. Tapi bila tertengok, terdengar kisah-kisah penceraian...aduh...sakitnya. Dan menjadikan saya semakin berhati-hati dalam menentukan soal jodoh. Sebab mencari bf senang..but's...untuk dijadikan seorang suami seumur hidup perlulah rasanya saya membuat penelitian kot..hehe. Tapi apa-apa pon saya hanya mampu berdoa diberikan yang terbaik, insyAllah =)

Hmm..tak kesahlah hidup sorang sekarang ni.. sebab bagi saya:


Biar terlewat sebab bersikap memilih asalkan jangan sampai tersalah pilih.
Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa.
Biar hidup seorang dan berenang menuju Allah dengan selesa dan bahagia daripada hidup berdua dan rasakan diri masih menggoda untuk semua.
Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki tetapi hilang maruah diri.
Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan pergi.
Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yang terang dan indah daripada sang kelkatu yang menerjah api.

So, para wanita harga diri anda adalah anda yang tentukan =)
Mahalkan sedikit nilai cinta mu agar dapat diberikan kepada yang benar-benar berhak dan jujur.
Itu adalah lebih berharga.

Sekian...

Sunday, October 3, 2010

Rahsia Hati Tak Siapa Tahu.





"Hidup tak akan menghargai kalau kita tak rasa kehilangan"

Saye kah insan yang tak pandai menghargai tu? Semua yang berlaku kadang-kadang di luar kemampuan kite. Kadang-kdang kita tak sedar perbuatan kita dah buat hati orang lain terluka, terkecil hati. Tapi semua yang terjadi bukan lah sebenar apa yang tersirat dalam hati. Myb die tak maksudkan macam tu. Tapi susah nak diluahkan dengan kta-kata. Sebab bukan semua benda boleh secara mudah untuk berterus-terang. Sebab kenyataan tu biasanya tak seindah apa yang di impikan.

Kadang-kadang seseorang boleh berubah jadi orang lain. Tapi pernah tak orang sekeliling nya faham apa ada dalam hati die? Manusia memang bijak berkata-kata. Tapi pernah tak kita fikirkan apa sebenarnya die maksudkan. Apa yang sebenar ada dalam hati die? Adakah yang diucapkan tu semua memang jujur dari hati die? Kita jarang dan malas kadang-kadang nak amik tau semua tu. Yang kita tau cume salahkan die, lepas tu fikir yang bukan-bukan pasal die.

Sebab tu lah kadang-kadang berterus-terang lagi baik kan. Walaupun menyakitkan, sekurang-kurangnya kita boleh perbaiki kelemahan diri. Sebab kita tak nak kehilangan sesuatu yang berharga dalam hidup ni. Itu adalah satu perkara yang amat menyakitkan sebenarnya. Sekurang-kurang nya bila kita berterus-terang masalah dan salah faham boleh setle. Daripada berdiam diri, masing-masing akan fikir macam-macam. Tak nak macam tu. Sebab.... saya tak nak rasa kehilangan lagi =(

Kadang-kadang kita lihat seseorang tu happy go lucky je. Pernah tak kita fikirkan apa dalam hati die?. Bukan semua orang yang nampak happy di luar sama macam apa dalam hati die. Sebab semua tu cuma nak pujuk hati sendiri. Nak buat-buat happy untuk orang sekeliling die rasa die ok. Dan buat semua orang yang die sayang tu happy, tak nak risau kat die.

Tapi kadang kala kita tak akan kuat untuk hadapi keseorangan. Sebab kita cuma manusia biasa. Akhirnya kita terpaksa korbankan semua kemahuan dan kehendak hati kita untuk nya.

Dan sekuat mana pun kita, pada suatu masa bila kita keliru dengan semua itu, dan kita tak tahu nak buat apa lagu.. kita cuma boleh cakap dalam hati, " Saya mintak maaf, tak ada niat nak sakitkan hati awak........!! =(

Friday, October 1, 2010

Cemburu Dalam Hati

Sifat cemburu ini adalah naluri manusia yang sememangnya amat sukar dibendung. Ramai yang beranggapan bahawa orang perempuan kuat cemburu. Sebenarnya dalam soal ini, samada lelaki atau wanita, sifat cemburu ini ada pada setiap manusia. Cuma kamu perlu bijak dalam mengawal perasaan cemburu. Jadi fikir-fikirkanlah yang mana baik dan yang mana buruk.



Bila kita sudah mula sayangkan seseorang, kita mestilah letakkan kepercayaan dalam hubungan tu. Kalo cakap sayang je, tapi tak habis-habis dengan perasaan jeles, hmm..rasanya baik kena fikir-fikirkan semula hubungan macam tu. Tak salah kalo sesekali nak jeles. Sebab kata orang,


"Cemburu tu tandanya sayang".


Betul lah tu kot. Tapi apa kes plak kalo dah cemburu buta tu? Isk..susah lah macam tu. Biasalah dalam alam percintaan mesti ade perasaan macam tu. Bukan ape, saje je nak dipujuk. (Ngade je, haha) Tapi tak usahlah terlalu cemburu sebab perasaan semacam tu kalo dibiarkan akan melarat dan tak mustahil nanti akan sebabkan "perpisahan". Haa...karang frust tak habis-habis plak. hahaha..


Itu cemburu dalam percintaan. Macam mana plak kalo cemburu atau lebih senang disebut jeles dalam persahabatan, dalam keluarga sendiri dan sebagainya?


Jeles pada kejayaan seseorang tak pe. Asalkan kita berusaha sungguh-sungguh nak berjaya macam die gak. Tapi jangan jadi 'pendengki'. Jeles pada kelebihan orang lain tapi tak nak usaha. Yang die tau nak tengok orang berjaya tu jatuh tertiarap dan tergolek-golek. Isk, ape jenis manusia lah macam tu. Kan, kan, kan?


Dalam kita berkawan pon ade kadang kala perasaan macam tu kan. Tapi kita ade akal dikurniakan Allah untuk mengawal perasaan tu daripada menguasai diri. Sebab kita semua adalah manusia biasa. Ada perasaan cemburu, suka, sayang, dan macam-macam lah. Lebih-lebih lagi bila apa kita sayang, kita suka terpaksa dikongsi dengan orang lain.hmmm...susah nak dikatakan.


Dan kebiasaanya kita akan berperasaan jeles kalo rasa kedudukan kita di hati si dia tergugat. Mestilah kan kalo kita sayang seseorang kalo boleh nak full attention si die hanya untuk kita. Tapi mane bleh. Kena lah belajar berkongsi kan. Kadang-kadang itu lebih baik walaupun agak menyakitkan sikit...huu
My hert say: Bila saya mula sayangkan sum1, bermakna saya kena percayakan die..but's not 100%

Rahsia Bulan Kelahiran Anda

JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER

* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Rujukan sumber dari:
Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

Monday, September 27, 2010

Berimaginasi Sebenarnya Membentuk Diri Kita

Tahukah anda?

Manusia ini dikurniakan Allah daya imaginasi yang tinggi. Ketahuilah dengan imaginasi mampu menggerakkan kita untuk melakukan sesuatu di luar kemampuan sebenar kita.

Mekanisme yang cukup power dalam tubuh ini yang dipanggil imaginasi.
Dengan berimaginasi, kita lah sebenarnya menentukan sama ada kita kuat ataupun lemah.


Niat akan bermula di hati, dari hati terus ke minda dalam bentuk imaginasi.
Jika katakan kita mampu, sebenarnya kita pasti akan mampu melakukan. Dan sebaliknya.

Jadi apa lagi? Mari berimaginasi dan pasangkan niat yang betul dalam setiap tindakan anda! =)

My heart say: I'M READY!!

When i started to love you , you have already gone

"Indahnya pertemuan dan pahitnya perpisahan..."
Tapi janganlah salahkan perpisahan, sebab pertemuan yang menyebabkan munculnya perpisahan.

Jadi dalam waktu yang singkat bersama dengan orang kita sayang, lantas belajarlah untuk menghargai kehadirannya. Cubalah berikan yang terbaik jika kita benar-benar ikhlas sayang padanya.


Sama seperti gunung yang hanya jelas dilihat keindahannya dari kejauhan.
Bila berdekatan kita tidak akan nampak keindahan sebenarnya.
Kadang-kadang kerinduan itu akan mengajar kita untuk lebih menghargai suatu perhubungan.

Hanya Allah mengetahui apa yang terbaik dalam kehidupan ini yang kita sama sekali tidak mengetahui. Setiap apa yang Allah hilangkan, ambil dari kita jika kita redha dengan ketentuannya insyAllah Allah telah janjikan sesuatu yang lebih baik menanti.

My heart say: Sabar menunggu..

Let's know me..





SpongeBob SquarePants

Oh...who lives in a pineapple under the sea?...SpongeBob SquarePants!

Absorbent and porous and yellow is he...SpongeBob is a sweet, generous, friendly, trusting good guy. Also spongebob always to be think positive in all the problems. His buck-toothed grin and tremendously expressive face and body, along with his pure and good nature make him completely loveable.

SpongeBob's innocent and good intentions never let him do anything purposely wrong or harm anyone. His boss Mr. Krabs & next door neighbor Squidward seem to be the brunt of his misadventures. He is the fry cook at the Krusty Krab working alongside Squidward. His free time is spent with his buddy Patrick, his friend Sandy and his pet snail Gary.


He especially enjoys catching jelly fish at jellyfish fields. When his pineapple home is destroyed by nematodes, a single SpongeBob tear magically recreates his home from a tiny seed in just a few seconds. No wonder I really love him!

Masa sihat sebelum sakit



Di dalam tafsiran Ibn Abbas, nikmat yang dimaksudkan dalam ayat surah al- Kauthar ayat 8, mafhumnya:
“Di kemudian hari kamu akan ditanya tentang nikmat dan ia adalah nikmat kesihatan. Manusia akan dipertanggungjawabkan apakah yang telah dilakukan ketika sihat.”


Beberapa hari ni keadaan diri yang tidak berapa nak menentu. Cuaca di Tanjong Malim yang kadang-kadang panasa dan hujan membuatkan daya ketahanan tubuh tercabar..huhu.

Tapi Alhamdulillah semua kerja-kerja yang diamanahkan sudah selesai. Tapi perjuangan masih belum tamat. Masih perlu menjaga kesihatan dengan baik untuk menghadapi final exam.

Kenalah selalu katakan pada diri:
"Be strong sue!!", dan bila bangun pagi-pagi kenalah sentiasa sentiasa fikirkan,
"Hari ini mesti lebih baik daripada semalam". Dan bila untuk melakukan sesuatu perlulah sentiasa kata,
"I'm Ready!!"..hahaha..

My heart say: Semoge cepat sembuh, spongebob di hati..hehe

Saturday, September 25, 2010

I learn everything from YOU

Awak-awak, nak tau x sejak hari tu gak lah saye belajar untuk buat semua benda yang dulu kite sama-sama buat. Tapi lebih banyak awak buatkan untuk saye lah sebenarnya..hehe

Saya selalu tak amik kesah bila awak kata,
"Belajar lah buat sendiri, nanti kalau awak takde macam mana"?..

Dan saya selalu jawab,
" Alah, saya tau awak akan sentiasa ada, sebab awak ada lah saye nak awak buatkan"..hehe,
lucu bile engat balik kenangan tu. Rindu rasa nya...

Eh, Saya ingat lagi apa yang kite same-same suke..

Awak suke coklat, saye pon!
Awak suke air soya, saye pon!
Awak suke ais cream, saye pon!
Awak suke cheseze wedges, saye pon!

Tapi kan kadang-kadang kite tak persefahaman gak kan awak..

Awak suke pink, saye suke biru. Dan sekarang saye pilih untuk putih.
Awak suke patrick, saye suke spongebob. Dan sekarang saye pilih untuk tak tengok dah cite tu.
Awak tak bagi saye minum air gas. Dan sekarang saye belajar minum air masak je.
Awak tak bagi saye main ujan, Dan sekarang bile kena ujan sikit pon saye dah nak demam..huhu

Kadang-kadang saye kesian kat awak. Sebab saye banyak cakap. Bila jumpe awak, saye nak cerite macam-macam. Kalo boleh semua nak share ngan awak..haha
Dan bila awak penat, awak juz layankan je saye cakap. Kalo tak nanti saye merajuk (kononnya). Haha lucu lah awak ni..

Bila awak tengah sedih kadang-kadang saye tak tau nak pujuk macam mane. Saye akan buat lawak ntah ape-ape sampai lah awak ketawe. Bukan nak menambahkan sakit hati awak. Cume...
Saye sedih bile tengok awak sedih.



Kalau saye penat plak kan, saye lebih suke dengar awak bercerite dan tersenyum je. Bukan saye tak amik perhatian ape awak cakap. Cume saye lebih suke tengok awk bercakap, macam-macam gaye ade!..hehe Lucu lah awak ni..


Dan baru saya faham kenapa awak selalu ckap macam tu =(
Sebab saya tau semua benda tak akan kekal. Macam pelangi.. memang cantik, tapi sementara je..huhu. Tapi tak hairanlah awak kan.
Orang berkahwin, boleh bercerai, orang bercinta boleh putus, berkawan pon boleh gaduh..
dan... Sayang pon boleh jadi benci kan awak?

Tapi tak kesah lah. Sejak dari hari tu, waktu tu, banyak benda saya dah belajar. Banyak benda yang dah ubah hidup saya. Saya cuba nak jadi orang lain. Sebab kalo boleh saya tak nak engat lagi waktu kite sama2 dulu. Bukan sebb saye benci awak tapi saye nak belajar terima kenyataan yang tak semua benda kita boleh miliki.


Apa-apa pon seandainya saya diberi peluang untuk jumpa awak lagi kan, sya nak ucapkan terima kasih. Saya hanya sedar bila awak dah tak da sekarang. Lambatnya saye untuk belajar menghargai semua tu.. =(
Kalau semua ni tak jadi, saya tak kan tahu hati manusia ni macam mana. Saya tak kan mudah percaya orang lagi.

Dan sekarang awak nak tau x?!! =D


Saya dah belajar iron t-shirt sendiri tau,
Saya dah belajar naik bus sendiri,
Saya dah belajar naik LRT sendiri,
Saya dah belajar translet sendiri,
Saya dah belajar nak makan udang macam ne,
Saya dah belajar nak buat spageti sendiri...hehe

Dan yang paling saya belajar..............


Saya dah belajar untuk tak harapkan orang lain lagi..
Saya dah belajar untuk buat semua sendiri..
Saya dah belajar untuk hidup sorang...
Saya dah belajar dari semua tu awak,


menjadikan sye lebih kuat =)
(walaupun kadang-kadang saya lemah untuk hadapi sorang2 awak) =(

Di Sebalik 10.10.2010, Sakitnya..


Lawa je nampak tarikh ni. Ni bukan tarikh aku nak kahwin lah..hehe. Tapi disebalik tarikh ni tersimpan satu kenangan yang tak kan aku lupekan. Tibe-tibe je ni..haha

Tarikh 10.10.2008. Dah dua tahun rupenye berlalu kan. Tapi rasa macam baru semalam je berlaku. Tiket bus rapid-KL ke sana pon masih aku simpan. Saje je nak buat kenangan- kenangan..haha (Konon-kononye..huhu)

Masih teringat-ingat lagi suasana kat PAS, Plaza Alam Sentral Shah Alam tu. Dalam kesedihan berjalan keseorangan dengan penuh kehampaan, dengar plak lagu sedih ’Munajat Cinta’ Ahmad Dani ft The Rock. Lagu ni gak lah yang selalu die nyanyi. (syahdu sungguh, huhu)

Malam ini kusendiri

Tak ada yang menemani

Seperti malam-malam yang sudah-sudah..

Hati ini selalu sepi

Tak ada yang menghiasi

Seperti cinta ini

Yang selalu pupus

Macam tau2 je penjual CD tu aku tengah sedih. Dah terasa macam filem hindustan je plak. Haha.. (ketawa dalam kesedihan)

Tak penah aku rasa sedih mcam hari tu..terus tak jadi aku nak beli barang kat Pc Fair tu. Perut yang lapar, penat menunggu die sampai langsung hilang lapar. Tak ade perasaan ape-ape lah. Tak tercerita apa yang dah berlaku. Biarlah aku je yang tau macam mana waktu jmpe dengan die. Orang yang aku tak sabar nak jumpe tapi berakhir macam tu.. =(

Aku terus berlalu lepas jumpe die macam xda ape2 berlaku. Padahal dalam hati tuhan je yang tau betapa aku tak terdaya sangat nak tgu lama- lama berdepan dengan die. Padahal dalam hati aku dah banjir dah. Tinggal depan die je aku still control cool je. Hebat gak aku berlakon. (ketawa dalam kesedihan, hahaha)

Terasa aku berada kat awang-awangan je tinggalkan tempat tu. Walaupun sekeliling aku time tu sesak dengan orang ramai, tapi pasal aku tengah sedih dan terkejut sangat-sangat dah macam tak de perasaan. Macam berada di alam fantasi je. Nasib baik bukan alam barzah..haha (tragis bile engat balik)

Waktu berlalu dari situ, nak tunggu bus rapid sebenarnya aku masih harap die akan ada time 2. Harap sangat die akan ade seperti waktu sebelumnya, die tak kan biarkan aku sorang-sorang kat situ. Tapi itu dulu.. =’( Bukan lagi sejak saat tu.

Dan sekarang..


Aku masih aku lah..hehe. Biarlah semua tu berlalu. Kadang-kadang apa yang kite nak bukan semestinya baik untuk kita. Betul lah kata orang ‘Jangan terlalu sayangkan seseorang sebab mungkin suatu hari kita akan membencinya’.

Tapi bagi aku, aku tak dalah sampai nak benci. Cuma kena ingat ‘Bukan semua orang yang sayang kita akan terus sayang dan kekal dengan kita’.

Macam mana pon kan, life’s must go on beb. Haha..biarlah.

Seandainya die hepi, aku pon hepi gak. (Ayat memujuk..huu)

Sekurang-kurangnya semua ni mengajar aku lebih kenal hati budi manusia.

Dan menjadikan aku lebih berhati-hati dalam bina satu hubungan dan jadikan aku seorang yang tabah. Cewah..haha

Yang penting kan hidup ni kena selalu redha.hehe..

My heart say: Thatz b’coz Allah know better =)


Cry On My Shoulder

I just want you know...

"I always be there when you need me"

Don't be sad dear


Monday, September 20, 2010

Falling in love

Orang kata:

Bertentangan tu takpe. Tak ada persefahaman tu pun biasa. Sebab itu semua lah yang dikatakan saling melengkapi. Dan yang penting ialah ada satu persefahaman dan yang sama antara saya dan die..
'Saya SAYANG AWAK'
'Awak SAYANG SAYA'

Hehehe.. =p




My heart say: Sayang menyayang, saling percaya, puncak kasih berpanjangan..hihi

Sunday, September 19, 2010

Friendship



Nurul Syuhada bte Sufaat with love Nursuhadah bte Mohamad Ramdzan

We promise to be friends for ever

My Heart say: Adah thanks reunion yang best 2..hehe

Hargai Ketika Bersama




Kita memang macam tu..


Bila depan mata tak nampak berharga, bila dah takde sibuk plak nak mencari. Waktu sama-sama dulu rasa macam tak ade apa lah yang istimewa, tapi bila dah pergi jauh barulah terasa berharganya kehadiran dia. Masa boleh sama-sama ketawa dulu, selalu je kita nak masam-masam muka. Setelah dia pergi terasa rindu sangat nak share sume cerita dengannya. Rindunya.. =(

Kita memang macam tu..





Waktu sama-sama dulu asyik nak berpisah je. Ni dah berpisah barulah kenal, barulah tau makna rindu. Sewaktu masih sama-sama tak rasa bernilainya saat tu. Bila dah terlepas barulah tahu betapa berharganya saat-saat manis tu.. Rindunya.. =(


Kita memang macam tu..


Selalu je nak menyesal apa yang dah berlaku. Ketika kita sama-sama dulu terasa beban. Tapi sebenarnya bila dia dah takda makin terasa berat beban ni. Rindunya.. =(


Kita memang macam tu..


Selalu nampak terang di seberang sungai, sedangkan di sebelah sini tidak kurang. Bila kita sampai ke sana baru lah kita tahu yang terang itu tak semestinya indah dan meriah. Tak semestinya menyenangkan.


Sepatutnya kita macam ni...





Kesempatan bersamanya kita perlu hargai. Sebab kesempatan untuk bersamanya tidak selalu bertahan lama. Ketika kesempatan itu terbuka, sepatutnya kita pelihara dan hargai. Berikan terbaik untuk dirinya.


Dan bila sekarang, barulah kita mengerti semua tu. Barulah kita terfikir...





"Tiada yang paling indah dalam hidup ini selain bersaudara denganmu.

Tiada yang paling sakit selain berpisah denganmu.

Tiada yang paling manis bila ada kenangan bersamamu.

Namun apa yang terbaik dalam memori hidupku kerana adanya kebaikan dan pengorbananmu"



My heart say: Hmm, saye memang macam tu..

Friday, September 17, 2010

Hari ini ku pulang..huhu



Tanjong Malim yang sedang merindui kepulangan ku...haha
Lepas ni kena lupakan mod raya sebentar untuk menyiapkan asigmt yg tengah melambat!
It's ok je, setle my work, then go back!! hahaha =D

My heart say: nex week balik..hehe

Because You Are So Precious


Tiada yang paling indah dalam hidup selain bersaudara dengan mu. Tiada yang lebih sakit selain berpisah dengan mu. Tiada yang lebih manis bila ada kenangan bersama mu. Namun apa yang terbaik dalam memori hidupku kerana ada kebaikan dan pengorbanan mu.

Membenci hanya akan menyakitkan jiwa, menyesakkan nafas dan menghalang kebahagiaan. Sebaliknya menyayangi akan mengkayakan jiwa, melegakan nafas dan menjamin bahagia.
My Heart Say: I miss our time together...

Thursday, September 16, 2010

HAKIKAT CINTA




Cinta itu indah bagaikan syurga bila tengah bahagia..




but's.....




Cinta itu boleh bertukar menjadi seperti neraka bila tengah frust..




My heart say: Think2~haha

Wednesday, September 15, 2010

Makna Sebuah Kemaafan

Besarnya Erti Kemaafan



Soory seem’s to be the harders word? Hmm, betul ke ni? Agak nya lah kot. Memang susah pada sesetengah orang untuk mengucapkan kata MAAF/ SORRY. Mungkin pada dirinya hanya menjatuhkan maruah je, ego lah katakan. Tapi pada saye tak salah kalo kite yang memulakan. Bukan kena bayar pon ucapkan maaf. Haha..

Kadang-kadang sesuatu perkara tu, kita rasa kita tak bersalah pon. Tapi tak salah je kan kalo kite yang mintak maaf. Tapi kata orang kan, dan kata saya lah, "Mengalah adalah lebih baik". Bukan bermakna kita kalah atau tak berani. Tapi untuk menyelamatkan keadaan. Daripada kita bermasam muka kan.. Bukan ke tak best macam 2. Kan, kan awak?hehe..

So, sempena bulan mulia ni jom lah kite bermaafan. Takkan bulan mulia ni pon tak mau gak nak ucapkan maaf kan. Mahal sgt ke kata2 2?? Tapi kalo maaf mudah sangat diucapkan pon susah gak.

Senang memaafkan makin banyaklah kesalahan yang dilakukan. Benda yang senang dapat, macam dah takde nilai rasanya. Tapi ape pon.. Kalo malu sangat nak face 2 face, ape kata kita gunakan teknologi yang serba canggih sekarg ni kan. Apa lah makna teknologi kalo tidak digunakan..hehe

Apalah sangat harga kad Rm1 dan SMS yang 1 sen jika dibandingkan bahagianya diri yang memaafkan. Sesuatu hubungan tu masih boleh diselamatkan dengan mengucapkan maaf. So, tgu apa lagi? Jom!!

My Heart say: Selamat hari raya semua, maaf ye salah silap. Saya dah lama maafkan awk lah ~