Website counter

About Me

My photo
Just a simple person =) Life's must REDHA Be yourself and follow your heart.

Sunday, September 19, 2010

Hargai Ketika Bersama




Kita memang macam tu..


Bila depan mata tak nampak berharga, bila dah takde sibuk plak nak mencari. Waktu sama-sama dulu rasa macam tak ade apa lah yang istimewa, tapi bila dah pergi jauh barulah terasa berharganya kehadiran dia. Masa boleh sama-sama ketawa dulu, selalu je kita nak masam-masam muka. Setelah dia pergi terasa rindu sangat nak share sume cerita dengannya. Rindunya.. =(

Kita memang macam tu..





Waktu sama-sama dulu asyik nak berpisah je. Ni dah berpisah barulah kenal, barulah tau makna rindu. Sewaktu masih sama-sama tak rasa bernilainya saat tu. Bila dah terlepas barulah tahu betapa berharganya saat-saat manis tu.. Rindunya.. =(


Kita memang macam tu..


Selalu je nak menyesal apa yang dah berlaku. Ketika kita sama-sama dulu terasa beban. Tapi sebenarnya bila dia dah takda makin terasa berat beban ni. Rindunya.. =(


Kita memang macam tu..


Selalu nampak terang di seberang sungai, sedangkan di sebelah sini tidak kurang. Bila kita sampai ke sana baru lah kita tahu yang terang itu tak semestinya indah dan meriah. Tak semestinya menyenangkan.


Sepatutnya kita macam ni...





Kesempatan bersamanya kita perlu hargai. Sebab kesempatan untuk bersamanya tidak selalu bertahan lama. Ketika kesempatan itu terbuka, sepatutnya kita pelihara dan hargai. Berikan terbaik untuk dirinya.


Dan bila sekarang, barulah kita mengerti semua tu. Barulah kita terfikir...





"Tiada yang paling indah dalam hidup ini selain bersaudara denganmu.

Tiada yang paling sakit selain berpisah denganmu.

Tiada yang paling manis bila ada kenangan bersamamu.

Namun apa yang terbaik dalam memori hidupku kerana adanya kebaikan dan pengorbananmu"



My heart say: Hmm, saye memang macam tu..

No comments:

Post a Comment